Dasar Privasi
Polisi Privasi Pengguna
Skop
Polisi Privasi ini memperihalkan maklumat yang dikumpul oleh Mary Kay tentang anda. Ia membutirkan bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut dan pilihan-pilihan yang anda boleh buat tentang cara maklumat ini digunakan. Maklumat yang dirangkumi dalam Polisi ini dan dalam Pernyataan Privasi Global Mary Kay adalah termasuk maklumat tentang anda yang dikumpul dalam laman-laman web Mary Kay, dan melalui program dan perkhidmatan istimewa yang ditawarkan oleh Konsultan Kecantikan Bebas Mary Kay atau pihak-pihak ketiga sepertimana yang diperihalkan di sini.
Bagi maklumat tentang privasi berkaitan dengan kunjungan anda ke My Shop Konsultan Kecantikan Bebas Mary Kay, sila lihat tab Polisi Privasi Mary Kay® My Shop di muka surat ini.
Bagi Konsultan Kecantikan Bebas yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang privasi kerana ia secara khususnya berkaitan dengan anda, sila lihat tab Polisi Privasi Konsultan Kecantikan Bebas di muka surat ini.
Ini adalah Polisi Privasi Pengguna khusus Mary Kay Malaysia. Untuk mengakses polisi-polisi privasi khusus negara lain, sila klik di sini.
Kami berkomited untuk bekerjasama dengan anda untuk memperolehi penyelesaian yang wajar dalam apa-apa aduan atau kebimbangan tentang privasi. Kami bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa perlindungan data jika mereka percaya bahawa suatu masalah privasi telah berlaku.
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau kemusykilan berkenaan dengan privasi anda, atau ingin membetulkan maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda, atau membuat aduan privasi tentang bagaimana kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila hubungi kami secara terus.
Penyelaras Privasi Mary Kay (Malaysia) Sdn. Bhd.
Level 4, Uptown 7, No.7, Jalan SS21/39, Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Alamat E-mel: Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com
Tel: +603-2789 9099
Atau
Pasukan Privasi Global Mary Kay
16251 Dallas Parkway
Addison, TX 75001 USA
Alamat E-mel: privacy.global@mkcorp.com
Tel: +1 - 800-453-1140
Jika anda mempunyai apa-apa aduan tentang bagaimana maklumat peribadi anda dikendalikan atau jika anda fikir kami telah melanggar undang-undang privasi Malaysia atau jika anda ingin melaksanakan hak anda untuk meminta akses atau membetulkan maklumat peribadi (“permintaan mengakses data”), kami akan mengakui aduan atau permintaan mengakses data anda dalam masa 21 hari selepas penerimaannya dan akan memberitahu anda jika kami memerlukan apa-apa maklumat selanjutnya daripada anda untuk menyelesaikan aduan atau permintaan mengakses data anda.
Maklumat yang Kami Kumpul
Kami mungkin mengumpul maklumat tentang anda daripada pelbagai sumber. Ini termasuk maklumat yang kami kumpul daripada anda secara terus; maklumat yang diberikan kepada kami oleh atau bagi pihak Konsultan Kecantikan Bebas anda bagi tujuan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik untuk anda; maklumat yang kami kumpul tentang anda apabila anda melayari laman-laman web kami atau melihat iklan-iklan Mary Kay® secara "online"; dan maklumat yang kami kumpul tentang anda daripada sumber-sumber lain (yang dibenarkan oleh undang-undang).
Maklumat yang kami kumpulkan terus daripada anda: Kami mengumpul maklumat secara terus daripada anda apabila anda memilih untuk menyertai tawaran-tawaran dan program-program kami atau anda sebaliknya memberikan maklumat terus kepada kami. Berikut ini adalah contoh-contoh maklumat yang kami boleh kumpulkan terus daripada anda:
- Nama, alamat e-mel, alamat pos
- Nama pengguna dan kata laluan
- Nombor telefon atau telefon bimbit
- Umur
- Tarikh lahir
- Nama Konsultan Kecantikan Bebas anda
- Maklumat lain tentang anda dan keluarga anda seperti jantina atau pilihan dan/atau tabiat penggunaan produk
- Maklumat demografik
- Pilihan komunikasi masa akan datang
- Maklumat perhubungan kawan-kawan yang anda mungkin ingin kami, atau Konsultan Kecantikan Bebas anda untuk menghubungi. Apabila anda memberikan kami maklumat untuk pesanan rujuk kawan ini, kami akan menggunakan maklumat tersebut hanya untuk menghantar pesanan yang anda minta.
Maklumat yang kami kumpul apabila anda melayari laman-laman web kami, menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami, atau melihat iklan-iklan kami secara "online":
Kami menggunakan "cookies" dan teknologi lain untuk mengumpul maklumat tentang anda apabila anda melayari laman-laman web kami, menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami atau melihat iklan-iklan kami secara "online". Berikut ini adalah contoh-contoh maklumat yang kami boleh kumpulkan menggunakan teknologi-teknologi tersebut:
- Jenis pelayar dan sistem operasi anda
- Laman-laman web yang anda layari
- Pautan-pautan yang anda klik
- Alamat IP
- Laman web yang anda layari sebelum sampai ke laman web kami
- Emel-emel Mary Kay yang anda buka dan/atau ajukan
- Tawaran-tawaran Mary Kay atau pautan-pautan yang anda klik melalui e-mel
- Maklumat tentang kunjungan-kunjungan anda ke My Shop Konsultan Kecantikan Bebas anda
- Produk pilihan dan keutamaan anda
Cara Kami Menggunakan Maklumat Ini
Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk memberi tawaran-tawaran, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan. Maklumat ini membantu kami menghubungkan anda dengan Konsultan Kecantikan Bebas yang mana anda boleh membeli produk-produk daripadanya, memberitahu anda tentang peluang-peluang yang menarik untuk menjadi seorang Konsultan Kecantikan Bebas Mary Kay, dan untuk menguruskan laman-laman web dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, termasuk perkhidmatan untuk Konsultan-Konsultan Kecantikan Bebas.
Berikut ini adalah cara-cara khusus yang mana kami boleh menggunakan maklumat yang kami kumpulkan tentang anda:
- Menghantar sampel-sampel, produk-produk dan maklumat apabila diminta
- Membuat produk baharu dan menambahbaik produk dan perkhidmatan
- Mendaftarkan anda dalam pertandingan-pertandingan, program-program, atau tawaran-tawaran atas permintaan anda atau Konsultan Kecantikan Bebas anda
- Berhubungan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami tawarkan kepada Konsultan Kecantikan Bebas anda
- Membuat dan menguruskan akaun anda dan/atau akaun Konsultan Kecantikan Bebas anda
- Memproses pembayaran untuk pembelian-pembelian atau perkhidmatan-perkhidmatan yang lain untuk atau bagi pihak Konsultan Kecantikan Bebas anda
- Melindungi daripada atau mengenalpasti kemungkinan transaksi-transaksi penipuan
- Jika dibenarkan oleh undang-undang, memberi anda tawaran-tawaran khas dan maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Mary Kay melalui surat yang dipos, termasuk berhubung dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada Konsultan Kecantikan Bebas anda
- Membuat dan, jika dibenarkan oleh undang-undang, memperuntukkan pengiklanan mengikut minat anda
- Menganalisa penggunaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan laman-laman web kami
- Memahami cara anda sampai ke laman web kami dan cara anda menggunakan laman web tersebut supaya kami boleh membuatkannya lebih elok lagi
- Menentukan keberkesanan pengiklanan kami
- Menguatkuasakan Terma-Terma dan Syarat-Syarat kami dan sebaliknya menguruskan perniagaan kami
- Pilihan Anda & Akses Terhadap Maklumat Anda
- Pilihan: Kami memberi anda pilihan tentang cara kami berkomunikasi dengan anda.
Komunikasi Secara Digital dan Elektronik:
Kami hanya akan menghantar anda pesanan-pesanan promosi melalui telefon bimbit atau e-mel jika anda meminta untuk menerimanya daripada kami atau jika anda meminta Konsultan Kecantikan Bebas anda membuat aturan supaya kami menghantarnya kepada anda.
Anda boleh berhenti menerima pesanan-pesanan promosi melalui telefon bimbit atau e-mel daripada Mary Kay pada bila-bila masa. Ikuti arahan-arahan pilih keluar atau menghentikan langganan yang diberikan dalam mana-mana pesanan sedemikian yang anda terima daripada kami atau sila e-mel kami di Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com.
Jika anda memberikan maklumat kepada Konsultan Kecantikan Bebas melalui My Shopnya, sila hubungi Konsultan Kecantikan Bebas anda tentang pilihan anda untuk menerima atau tidak komunikasi daripadanya melalui My Shopnya. Jika anda tidak dapat mengesan Konsultan Kecantikan Bebas anda melalui My Shopnya, sila e-mel kami di Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com untuk mengemaskini pilihan anda.
Melalui Pos: Jika dibenarkan oleh undang-undang, kami boleh menghantar melalui pos tawaran, maklumat produk dan alat-alatan pemasaran yang kami percaya akan menarik minat anda. Anda boleh meminta berhenti daripada menerima promosi yang tertentu melalui pos ini daripada Mary Kay. Sila e-mel kami di Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com untuk mengemaskini pilihan anda.
SILA AMBIL PERHATIAN: Jika anda memilih untuk berhenti menerima pesanan-pesanan promosi daripada kami, kami akan menghormati permintaan anda. Walau bagaimanapun kami akan terus menghantar kepada anda komunikasi-komunikasi berkaitan dengan perkhidmatan sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang. Kami mungkin perlu menyimpan maklumat yang telah kami kumpulkan tentang anda untuk simpanan rekod, analisis atau sebab-sebab lain, setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang.
Akses: Kami mengakui hak individu untuk meminta akses kepada, membetulkan atau menerima data peribadi mereka yang telah diberikan kepada Mary Kay dalam format berstruktur, lazim digunakan dan boleh dibaca mesin, atau meminta supaya data tersebut dihantar kepada pengawal data lain, tertakluk kepada kebolehlaksanaan teknikal dan keserasian format data. Kami mengambil langkah untuk memastikan data peribadi anda tepat, terkini, lengkap dan relevan. Anda boleh melihat, membetulkan atau mengemas kini maklumat hubungan peribadi yang anda berikan kepada Mary Kay. Sesetengah program Mary Kay menyediakan akses dalam talian untuk melihat atau mengemas kini data peribadi. Jika anda memberikan maklumat kepada Konsultan Kecantikan Bebas melalui Mary Kay® My Shop, sila hubunginya secara terus untuk mengemas kini data peribadi anda.
"Cookies", "Web Beacons" dan lain-lain Teknologi
Cara kami menggunakan "Cookies", "Web Beacons" dan lain-lain Teknologi:
Kami menggunakan teknologi-teknologi ini untuk memberikan anda pengalaman pengguna yang lebih baik dan lebih bersifat peribadi. Kami menggunakan “cookies” untuk mengumpul, dan menyimpan maklumat peribadi dan lain-lain teknologi dan memberi anda notis tentang penggunaannya, mendapatkan kebenaran sepertimana yang diperlukan. Lihat di bawah ini untuk butiran lebih lanjut.
"Cookies"
"Cookie" adalah suatu fail kecil yang diletakkan pada komputer anda oleh laman web yang menggunakan "cookie" untuk menyimpan maklumat tentang penggunaan anda dalam laman web tersebut. Kami menggunakan "cookies" untuk memantau bagaimana laman-laman web kami digunakan dan untuk membantu memperibadikan pengalaman "online" anda. Contohnya, apabila anda mendaftar di laman-laman web kami, kami boleh menyimpan suatu kod yang unik dalam "cookie" pada komputer anda. Lain kali bila anda kembali ke laman web tersebut dari komputer itu, pelayan komputer kami menggunakan "cookie" untuk mengenali anda. Kami kemudiannya boleh menggunakan maklumat yang anda berikan apabila anda mendaftar dan digabungkan dengan aktiviti-aktiviti anda di laman-laman web kami untuk memberikan anda suatu pengalaman laman web yang lebih baik.
Anda boleh menerima atau menolak "cookies". Kebanyakan pelayar-palayar menerima "cookies" secara automatik. Untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang "cookies", termasuk bagaimana untuk menolak "cookies" pada komputer anda, klik pautan-pautan ini:
Untuk "Microsoft Internet Explorer":
- http://www.microsoft.com/info/cookies.htm
- http://www.allaboutcookies.org/cookies/
- http://support.google.com/chrome/bin/answer.py?hl=en-GB&answer=95647
"Web Beacons"
"Web beacons" adalah serpihan-serpihan kod yang ditanam dalam laman-laman web atau e-mel. Kami boleh menggunakan "web beacons" untuk menghantar atau berkomunikasi dengan "cookies", untuk mengira pengguna-pengguna yang telah melayari sesuatu laman web, dan untuk memahami corak-corak penggunaan. Kami juga boleh memasukkan "web beacons" dalam emel-emel untuk mengetahui jika pesanan-pesanan telah pun dibuka, diambil tindakan, atau diajukan.
Anda boleh mematikan keupayaan "web beacons" untuk mendapat maklumat dalam cara ini dengan menolak “cookies” sepertimana yang diperihalkan di atas.
Lain-lain Teknologi
Contoh lain-lain teknologi yang kami boleh gunakan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, ikuti:
"Web Session Variables": Maklumat yang dipindahkan dari satu web URL kepada yang satu lagi ketika anda melayar.
Pelayar "plug-ins"/tambahan: Komponen web tambahan yang mungkin perlu dipasang bagi membolehkan ciri-ciri web yang tertentu pada laman-laman web kami. Anda mempunyai pilihan untuk tidak memasang komponen-komponen ini.
Pengiklanan Pihak Ketiga
Kami mungkin membenarkan pihak-pihak ketiga, termasuk rakan-rakan kongsi perniagaan untuk memaparkan iklan-iklan di laman-laman web kami. Sesetengah syarikat ini mungkin meletakkan "cookie" pada komputer anda untuk mengenali komputer anda setiap kali mereka menghantar iklan secara "online" kepada anda. Ini membolehkan mereka memahami di mana anda, atau orang-orang lain yang menggunakan komputer anda, melihat iklan mereka dan menghantar iklan-iklan yang mereka percaya mungkin menarik minat anda. Kami tidak mengawal penggunaan "cookies" oleh syarikat-syarikat ini.
Perkongsian Maklumat
Kejayaan perniagaan kami bergantung kepada kepercayaan anda, dan kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada pemasar-pemasar di luar Mary Kay melainkan kami telah meminta dan mendapatkan kebenaran daripada anda. Kami berkongsi maklumat peribadi anda hanya sepertimana yang diperihalkan di bawah ini dan dalam Mary Kay (termasuk Konsultan Kecantikan Bebas, jika mereka telah pun memberi perkhidmatan kepada anda atau jika anda meminta utuk dirujuk kepada salah seorang.
Pemberi-pemberi Perkhidmatan Pihak Ketiga
Kami bergantung kepada pemberi-pemberi perkhidmatan pihak ketiga untuk melaksanakan pelbagai perkhidmatan bagi pihak kami dan mungkin perlu berkongsi maklumat peribadi anda dengan mereka. Sila ambil perhatian bahawa kami memberikan kepada pemberi-pemberi perkhidmatan kami hanya maklumat peribadi yang mereka perlu untuk melaksanakan perkhidmatan mereka dan kami mensyaratkan supaya mereka melindungi maklumat ini dan tidak menggunakannya untuk apa-apa tujuan yang lain.
Contohnya, kami mungkin bergantung kepada pemberi perkhidmatan untuk:
- Memenuhi permintaan-permintaan produk dan perkhidmatan anda dan menjawab soalan-soalan anda.
- Menjadi hos kepada laman-laman web kami dan menghantar e-mel serta pesanan-pesanan telefon bimbit kami.
- Menghantar sampel-sampel produk, menghubungi pemenang-pemenang pertandingan, menguruskan pembayaran atau mengambil tindakan lain bagi pihak kami.
- Menganalisa data, kadang-kadang digabungkan dengan sumber-sumber lain, untuk menghantar komunikasi-komunikasi yang lebih lagi disasarkan kepada anda.
- Menjalankan penyelidikan dan menganalisa data untuk menambahbaik produk, perkhidmatan dan laman-laman web kami.
Kami memberikan kepada syarikat-syarikat ini maklumat peribadi yang mereka perlukan untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan ini bagi pihak kami. Kami mensyaratkan syarikat-syarikat ini untuk melindungi maklumat peribadi ini dan untuk tidak menggunakan maklumat tersebut untuk apa-apa tujuan lain.
Lain-lain keadaan kami boleh mendedahkan maklumat peribadi anda:
Jika dibenarkan oleh undang-undang, untuk melindungi dan mempertahankan hak dan harta Mary Kay (termasuk menguatkuasakan Terma-Terma dan Syarat-Syarat serta Perjanjian-Perjanjian kami).
Dan apabila diperlukan atau diberi kuasa oleh undang-undang, dan/atau pihak-pihak berkuasa awam.
Maklumat yang dikumpul dan bukan peribadi
Kami boleh berkongsi maklumat yang dikumpulkan yang tidak mengenalpasti anda untuk analisa perniagaan secara am. Contohnya, kami boleh mendedahkan bilangan pelawat yang melayari laman-laman web atau perkhidmatan-perkhidmatan Mary Kay.
Keselamatan Maklumat
Kami berkomited untuk menjaga maklumat peribadi supaya selamat. Kebanyakan maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda akan disimpan secara elektronik dalam pelayan-pelayan data dan pusat-pusat data yang selamat yang dijalankan oleh Mary Kay atau pemberi-pemberi perkhidmatan luaran kami. Sesetengah maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda akan disimpan dalam fail-fail kertas. Kami telah menempatkan prosedur teknikal, pentadbiran dan fizikal yang wajar untuk melindungi maklumat peribadi daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan.
Kami menghadkan akses terhadap maklumat peribadi kepada mereka-mereka yang mempunyai keperluan perniagaan. Kami menyimpan maklumat peribadi hanya untuk tempoh masa berpatutan yang diperlukan.
Apabila kami memberikan maklumat peribadi anda kepada pemberi-pemberi perkhidmatan pihak ketiga kami, kami mensyaratkan syarikat-syarikat it untuk melindungi maklumat tersebut dan untuk tidak menggunakan maklumat tersebut untuk apa-apa tujuan lain.
Apabila kami mengumpul atau menghantar maklumat sensitif seperti nombor kad kredit, kami menggunakan kaedah-kaedah piawai untuk melindungi maklumat itu.
Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin perlu melepaskan maklumat peribadi seseorang individu demi memenuhi permintaan oleh pihak-pihak berkuasa awam menurut undang-undang, termasuk demi keselamatan negara atau penguatkuasa undang-undang.
Pemindahan Maklumat
Maklumat peribadi anda hanya akan dipindahkan ke, disimpan, dan diproses dalam sesebuah negara yang selain dari Malaysia dengan kebenaran anda atau apabila dibenarkan secara nyata oleh undang-undang. Negara-negara ini mungkin termasuk Amerika Syarikat dan Singapura. Apabila kami berbuat demikian, kami memindahkan maklumat tersebut mengikut undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
Kami mengambil langkah-langkah untuk melindungi maklumat peribadi. Tidak kira di mana maklumat ini disimpan atau dipindahkan, kami mempunyai prosedur-prosedur dan kawalan-kawalan yang wajar untuk menolong memastikan maklumat peribadi anda dilindungi.
Kami hanya akan memindahkan maklumat maklumat peribadi kepada pangkalan-pangkalan data Mary Kay di negara-negara yang selain daripada mana ianya diberikan dengan kebenaran anda atau apabila dibenarkan secara nyata oleh undang-undang. Program Privasi Global kami menghendaki tahap keselamatan dan perlindungan yang sama tinggi untuk maklumat peribadi di seluruh dunia dengan prosedur dan kontrak yang ditetapkan untuk menolong memastikan perkara ini. Data boleh dipindahkan kepada penjual atau rakan kongsi perniagaan untuk menyediakan perkhidmatan untuk Mary Kay seperti komunikasi e-mel yang disasarkan, menghantar maklumat atau sampel-sampel. Penjual-penjual dan rakan-rakan kongsi perniagaan ini dikehendaki melindungi dan menguruskan maklumat peribadi pada tahap piawaian setinggi Mary Kay dan mereka tidak boleh menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan lain selain daripada untuk memberikan perkhidmatan yang diminta oleh Mary Kay. Untuk maklumat tambahan berhubung dengan pemindahan-pemindahan data klik di sini untuk maklumat tentang negara-negara di mana Mary Kay beroperasi.
Privasi "Online" Kanak-Kanak
Kami percaya bahawa adalah penting untuk memberikan perlindungan tambahan untuk kanak-kanak secara "online". Kami menggalakkan ibu bapa dan penjaga untuk meluangkan masa "online" bersama dengan anak-anak mereka untuk menyertai dan memantau aktiviti "online" mereka.
Kami tidak bertujuan mengumpul maklumat daripada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun. Kami meminta pengesahan umur berkaitan dengan pengumpulan maklumat peribadi di laman-laman web kami untuk mengelak daripada mengumpul maklumat daripada individu-individu di bawah 15 tahun.
Perubahan kepada Polisi Privasi ini
Kami akan memaparkan perubahan-perubahan kepada Polisi Privasi ini dan mengemaskinikan tarikh berkuatkuasa bila Polisi atau Pernyataan Privasi Global ini dikemaskinikan. Jika kami membuat apa-apa perubahan yang material kami akan memberitahu anda dengan menghantar e-mel kepada alamat e-mel terkini yang anda berikan kepada kami atau dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut pada laman web ini.
Terakhir dikemaskini: 2026
Pernyataan Privasi "Online" telah dibuat pada 2004
Kemaskini 2006: Memberikan maklumat yang dikemaskini tentang keselamatan maklumat dan privasi dalam talian.
Kemaskini 2012: Kemaskini-kemaskini 2012 direkabentuk untuk menggabungkan usaha-usaha pematuhan privasi dalam semua pasaran Mary Kay di seluruh dunia, dan untuk memberikan kepada pengguna-pengguna, Konsultan-Konsultan Kecantikan Bebas, pekerja-pekerja dan orang-orang lain yang mungkin mengunjungi laman-laman web kami yang mempunyai lokasi pusat daripada mana mereka boleh mendapat maklumat tentang polisi-polisi kami dan hak-hak mereka berhubung dengan maklumat peribadi. Perubahan-perubahan ini juga merangkumi kemaskini-kemaskini bagi mematuhi perubahan-perubahan undang-undang dalam kebanyakan negara yang Mary Kay mempunyai operasi-operasinya. Perubahan-perubahan yang berkaitan dengan negara yang khusus untuk lokasi Mary Kay yang lain boleh didapati dengan klik di sini untuk mengesan laman web negara tersebut dan kemudiannya mengesan pautan privasi pada laman web itu.
Kemaskini 2017: Kemaskini-kemaskini selanjutnya untuk menyepadukan polisi privasi kumpulan Mary Kay dan memberikan butir-butir yang telah dikemaskini tentang penggunaan maklumat peribadi.
Mary Kay Global
Polisi Privasi Mary Kay
Di Mary Kay, kami memahami kepentingan privasi. Kami juga memahami kepentingan Peraturan Paling Utama, iaitu salah satu prinsip asas punubuhan kami. Empat polisi privasi yang berikut ini menerangkan bagaimana maklumat setiap pengguna laman web kami dikumpul, dilindungi, dan disimpan. Polisi-polisi ini juga menerangkan pilihan yang dipunyai oleh setiap pengguna unik berhubung dengan maklumat peribadinya.
Empat polisi yang diperincikan sepenuhnya di bawah ringkasan ini adalah seperti berikut:
Polisi Privasi Global Mary Kay Inc.
Polisi Privasi ini menyatakan falsafah Syarikat berkenaan dengan standard pengendalian maklumat peribadi dalam semua anak syarikat Mary Kay di seluruh dunia.
Polisi Privasi Pengguna
Polisi ini terpakai Mary Kay (Malaysia) Sdn. Bhd. dan menerangkan cara kami mengumpul, melindungi, dan memproses maklumat yang anda berikan kepada kami menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”).
Terakhir dikemaskini: 2026
Kami komited untuk bekerjasama dengan anda bagi mencari penyelesaian yang adil terhadap sebarang aduan atau kembimbangan berkaitan perlindungan data. Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa perlindungan data jika mereka berpendapat bahawa suatu pelanggaran data telah berlaku.
Jika anda mempunyai aduan tentang cara maklumat peribadi anda dikendalikan atau percaya terdapat pelanggaran data peribadi (sebagaimana ditakrifkan di bawah ADDP) atau pelanggaran undang-undang privasi Malaysia, kami akan mengakui penerimaan aduan anda dalam tempoh 21 hari selepas menerimanya. Kami juga akan memaklumkan anda sekiranya kami memerlukan maklumat lanjut.
Tel: +1 - 800-453-1140
Alamat E-mel: privacy.global@mkcorp.com
Addison, TX 75001 USA
16251 Dallas Parkway
Pasukan Privasi Global Mary Kay
Atau
Tel: +603-2789 9099
Alamat E-mel: Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com
Level 4, Uptown 7, No.7, Jalan SS21/39, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Penyelaras Privasi Mary Kay (Malaysia) Sdn. Bhd.
Jika anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan berkenaan dengan privasi anda, ingin melaksanakan hak anda untuk meminta akses kepada, pembetulan atau pemindahan maklumat peribadi yang dipegang oleh Mary Kay dengan anda, atau ingin membuat aduan privasi berkenaan dengan mencari kami untuk mengendalikan maklumat peribadi anda, sila e-mel Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com. Kami akan mengakui penerimaan dalam tempoh 21 hari.
Hubungi Kami
Maklumat peribadi anda hanya disimpan selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan pengumpulannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada pematuhan apa-apa kehendak undang-undang, perakaunan dan pelaporan. Tempoh penyimpanan yang sesuai akan bergantung pada kehendak undang-undang yang tepakai, jumlah, sifat dan tahap sensitiviti data, potensi risiko mudaratan yang timbul daripada penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran, tujuan pemprosesan dan sama ada tujuan tersebut boleh dicapai melalui cara lain.
Penyimpanan Data
Kami mengambil langkah untuk melindungi maklumat tanpa mengira negara penyimpanan atau pemindahan. Program Privasi Global kami memerlukan tahap keselamatan dan perlindungan yang sama tinggi data peribadi di semua negara melalui prosedur dan kontrak yang sesuai. Data boleh dipindahkan kepada vendor atau rakan niaga yang menyediakan perkhidmatan kepada Mary Kay dan/atau Konsultan Kecantikan Bebas, seperti komunikasi e-mel yang disasarkan, penghantaran maklumat atau sampel. Mereka dikehendaki melindungi dan mengurus maklumat pada piawaian tinggi yang sama dan hanya menggunakannya bagi perkhidmatan yang diminta.
Maklumat peribadi anda hanya akan dipindahkan ke, disimpan dan diproses di negara selain Malaysia dengan persetujuan anda atau apabila dibenarkan secara nyata oleh undang-undang. Negara-negara tersebut mungkin termasuk Amerika Syarikat dan Singapura. Pemindahan dibuat menurut undang-undang perlindungan data yang terpakai.
Pemindahan Data
Walaupun kami mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah, setakat maksimum yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan akibat akses tanpa kebenaran atau tidak disengajakan di luar kawalan munasabah kami, termasuk penggodaman atau jenayah siber. Kami tidak menjamin bahawa Shop bebas daripada perisian hasad atau kelemahan lain, atau menjamin keselamatan maklumat yang diberikan melalui Shop. Anda memberikan maklumat tersebut atas risiko anda sendiri.
Akses dihadkan kepada pihak yang mempunyai keperluan perniagaan dan maklumat disimpan hanya selama yang munasabah diperlukan. Pemberi perkhidmatan pihak ketiga dikehendaki melindungi maklumat dan tidak menggunakannya bagi tujuan lain. Kaedah piawai industri digunakan apabila maklumat sensitif seperti nombor kad kredit dikumpul atau dihantar.
Kami komited untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi. Kebanyakan maklumat berkaitan Shop disimpan secara elektronik pada pelayan data dan pusat data selamat di Malaysia, Singapura dan negara-negara lain yang dikendalikan oleh Mary Kay atau pemberi perkhidmatan luar. Dalam keadaan terhad, maklumat juga boleh disimpan dalam fail fizikal dalam keadaan tertentu yang terhad. Kami telah melaksanakan Langkah-langkah teknikal, pentadbiran dan fizikal yang sesuai digunakan untuk melindungi maklumat daripada kehilangan, penyalahgunaan atau perubahan.
Keselamatan Maklumat
Shop mungkin mengandungi pautan kepada laman web atau platform pihak ketiga yang tidak dimiliki atau disenggarakan oleh Mary Kay atau Konsultan Kecantikan Bebas anda. Polisi privasi pihak ketiga berkenaan akan terpakai. Polisi Privasi ini hanya terpakai kepada Shop.
Pesanan dalam talian melalui Shop diproses menggunakan platform pembayaran pihak ketiga yang dikendalikan oleh Stripe, Inc (“Stripe”) Maklumat pembayaran dan kewangan yang diberikan semasa proses pembayaran dikumpul dan diproses terus oleh Stripe menurut polisi privasinya yang tersedia di laman web Stripe. Konsultan Kecantikan Bebas anda dan Mary Kay tidak menyimpan butiran penuh kad pembayaran anda.
Konsultan Kecantikan Bebas anda boleh menggunakan perkhidmatan Mary Kay dan pemberi perkhidmatan pihak ketiga. Mereka hanya diberikan data peribadi yang perlu untuk memberikan perkhidmatan dan dikehendaki melindunginya serta tidak menggunakannya bagi tujuan lain. Perkhidmatan boleh termasuk memenuhi permintaan produk dan perkhidmatan, menjadi hos laman, menghantar e-mel atau mesej mudah alih, menghantar sampel, menghubungi pemenang pertandingan, mengurus bayaran, menganalisis data, menjalankan penyelidikan dan memudahkan pembayaran atau pemprosesan pesanan.
Pemberi Perkhidmatan Pihak Ketiga
Anda boleh meminta komunikasi masa hadapan yang diterima terus daripada Mary Kay dihentikan. Untuk komunikasi daripada Konsultan Kecantikan Bebas, sila hubunginya secara terus. Untuk melihat, membetulkan atau mengemas kini maklumat hubungan melalui Shop, sila hubungi Konsultan Kecantikan Bebas terlebih dahulu atau e-mel Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com.
Anda boleh memilih untuk tidak memberikan maklumat dan boleh menarik balik persetujuan kepada pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan/atau pemprosesan berterusan dengan menghubungi Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com. Selepas penarikan balik, kami mungkin tidak dapat terus menyediakan produk atau perkhidmatan melalui Shop.
Apabila menggunakan Shop, maklumat anda deiberikan terutamanya kepada Konsultan Kecantikan Bebas untuk menjalankan perniagaannya. Mary Kay, sebagai pengendali laman web yang menjadi hos Shop, mengakses maklumat terutamanya untuk memproses transaksi dan aktiviti yang dijalankan antara anda dan Konsultan Kecantikan Bebas. Maklumat tersebut juga dikendalikan menurut Polisi Privasi Pengguna dan Pernyataan Privasi Global.
Pilihan dan Akses Anda
Anda mengakui dan bersetuju bahawa Mary Kay boleh mengumpul, menggunakan, memproses, mengakses, menyimpan dan mendedahkan maklumat peribadi jika dikehendaki undang-undang, perintah mahkamah atau pihak berkuasa, atau jika dipercayai dengan niat baik sebagai munasabah perlu untuk mematuhi proses undang-undang atau permintaan pihak berkuasa, menguatkuasakan terma penggunaan atau Polisi ini, menjawab atau mempertahankan tuntutan, memenuhi permintaan khidmat pelanggan, atau melindungi hak, harta atau keselamatan Mary Kay, penggunanya atau orang awam.
Maklumat hanya akan digunakan bagi tujuan ia dikumpul. Maklumat hanya akan digunakan bagi tujuan lain jika tujuan tersebut serasi dengan tujuan asal atau kami memperoleh persetujuan berasingan anda.
Mary Kay menggunakan maklumat untuk memudahkan pemprosesan pembayaran, mencegah dan mengesan transaksi yang berpotensi menipu, menyokong Konsultan Kecantikan Bebas memahami pilihan anda, menganalisis penggunaan produk, perkhidmatan dan laman web Mary Kay®, memahami penggunaan Shop, menentukan keberkesanannya, menguatkuasakan terma dan syarat Shop, mengurus dan melindungi laman tersebut, menjalankan penyelidikan pasaran dengan persetujuan, dan memudahkan komunikasi yang anda minta.
Konsultan Kecantikan Bebas anda menggunakan maklumat untuk memberikan perkhidmatan kelas pertama, memberikan maklumat tentang produk dan promosi, berkomunikasi tentang pesanan dan pilihan produk, melaksanakan jualan, mengurus pesanan dan penghantaran, menentukan pilihan produk dan menghantar maklumat atau sampel, memberikan maklumat tentang tawaran khas, promosi atau pertandingan, mengatur janji temu atau acara, dan menghantar notifikasi pembelian, pembayaran dan penghantaran.
Cara Maklumat Digunakan
Apabila anda melawat Shop, kuki dan teknologi lain boleh mengumpul jenis pelayar dan sistem operasi, laman web yang dilawati, pautan yang diklik, alamat IP, laman web rujukan, tawaran atau pautan yang diakses, lawatan ke atau dari Shop, pilihan produk, maklumat troli beli-belah dan sejarah pembelian.
Jika data peribadi sensitif di bawah APDP (sebagaimana dipinda) dikumpul, kami dan Konsultan Kecantikan Bebas anda hanya akan mengumpul, menggunakan dan memproses data tersebut dengan persetujuan nyata anda dan menurut undang-undang yang terpakai.
Maklumat yang anda berikan melalui Shop boleh termasuk nama, alamat e-mel, alamat pos, nombor telefon, tarikh lahir, jenis dan tona kulit, pilihan penjagaan kulit dan solekan, jantina atau tabiat penggunaan produk, data demografi, pilihan komunikasi masa hadapan, serta maklumat pembayaran. Maklumat pembayaran dikumpul dan diproses bagi pihak anda oleh pemproses pembayaran pihak ketiga, Stripe, Inc. (“Stripe”), apabila anda membayar pesanan melalui Shop.
Maklumat yang Dikumpul melalui Shop
Kami berhak mengemas kini Polisi Privasi ini pada bila-bila masa. Kami akan memaklumkan anda dengan menyiarkan versi yang dikemas kini pada Shop atau melalui cara lain yang sesuai. Versi yang dikemas kini terpakai kepada maklumat yang dikumpul sebelum dan selepas tarikh kuat kuasanya. Penggunaan berterusan Shop selepas kemas kini berkuat kuasa merupakan pengakuan dan penerimaan anda terhadap perubahan tersebut.
Dengan memberikan maklumat melalui Shop, mengakses perkhidmatan atau menggunakan perkhidmatan yang tersedia melalui Shop, anda mengakui penerimaan amalan yang diterangkan dalam Polisi Privasi ini dan bersetuju kepada pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, pendedahan dan/atau pemprosesan maklumat peribadi oleh Mary Kay dan Konsultan Kecantikan Bebas anda. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan memberikan maklumat peribadi melalui atau mengakses Shop.
Konsultan Kecantikan Bebas anda ialah individu yang melalui Shop miliknya anda memberikan maklumat. Maklumat hubungannya boleh didapati pada Shop tersebut. Konsultan Kecantikan Bebas anda ialah pengawal data yang bertanggungjawab terhadap maklumat peribadi anda di bawah Polisi Privasi ini dan bertanggungjawab menentukan tujuan dan cara pemprosesan maklumat peribadi anda. Mary Kay (Malaysia) Sdn. Bhd. ialah sebahagian daripada kumpulan syarikat Mary Kay di seluruh dunia. Dalam Polisi Privasi ini, “Mary Kay” bermaksud Mary Kay (Malaysia) Sdn. Bhd., iaitu entiti Mary Kay yang berkaitan yang bertanggungjawab memproses data anda. Jika anda mempunyai pertanyaan, termasuk permintaan untuk melaksanakan hak berkanun anda, sila hubungi Konsultan Kecantikan Bebas anda atau Mary Kay.
Apabila anda memberikan maklumat kepada Konsultan Kecantikan Bebas melalui Shop miliknya, maklumat tersebut disimpan secara selamat oleh Mary Kay bagi pihak Konsultan Kecantikan Bebas anda. Maklumat anda akan dikongsi dengan Mary Kay tetapi tidak akan dikongsi dengan pihak lain tanpa persetujuan anda kecuali sebagaimana diterangkan dalam Polisi Privasi ini.
Polisi Privasi My Shop ini menerangkan maklumat yang dikumpul oleh Konsultan Kecantikan Bebas anda tentang anda, cara maklumat itu digunakan, dan pilihan anda berhubung penggunaannya.
Mary Kay berbangga menyokong usaha Konsultan Kecantikan Bebas Mary Kay melalui program seperti Mary Kay® My Shop bagi Konsultan Kecantikan Bebas (“Shop”), yang membolehkan Konsultan Kecantikan Bebas berhubung dengan pelanggan mereka melalui alat dalam talian yang menyediakan akses mudah 24 jam sehari, 7 hari seminggu kepada maklumat tentang produk dan perkhidmatan Mary Kay® yang ditawarkan oleh Konsultan Kecantikan Bebas.
Polisi Privasi Mary Kay® My Shop
Polisi Privasi Konsultan Kecantikan Bebas
Polisi ini memperihalkan bagaimana Mary Kay melayan maklumat Konsultan Kecantikan Bebas (“IBC”), termasuk berkongsi maklumat dengan IBC-IBC yang lain. Polisi ini juga membincangkan obligasi-obligasi privasi IBC terhadap pelanggan-pelanggannya.
Sila skrol ke bawah muka surat ini untuk melihat setiap polisi di atas sepenuhnya.
Polisi Privasi Global Mary Kay Inc.
Di Mary Kay, kami memahami kepentingan privasi. Matlamat utama kami adalah untuk melindungi, mengumpul dan menggunakan data peribadi yang diberikan kepada kami dengan semangat salah satu prinsip asas kami yang paling penting - the 'Golden Rule'. Pilihan anda berhubung dengan data peribadi anda adalah penting dan kami hanya akan menggunakan dan menyenggelarakan maklumat tersebut dengan cara yang anda benarkan. Oleh yang demikian, kami tidak memperdagangkan, menjual atau menyewa data peribadi yang anda amanahkan kepada kami. Pernyataan Privasi Global ini memperihalkan bagaimana kami berusaha untuk mengekalkan kepercayaan itu.
Pernyataan Privasi Global ini dilengkapi dengan Polisi-polisi Privasi khusus negara, yang mengandungi maklumat khusus negara selanjutnya untuk individu-individu dalam negara-negara di mana kami beroperasi (termasuk notifikasi-notifikasi yang diperlukan oleh undang-undang privasi tempatan). Untuk lebih maklumat, atau untuk menyemak Polisi Privasi khusus negara, klik di sini.
Kami berusaha untuk sentiasa konsisten dalam cara-cara kami melaksanakan privasi di seluruh dunia. Polisi-polisi privasi kami direkabentuk untuk mematuhi undang-undang dalam setiap negara di mana kami menjalankan perniagaan dan ia terpakai kepada:
Semua individu yang memberikan data peribadi, seperti Konsultan Kecantikan Bebas, pengguna, pelanggan, perkara penyelidikan, rakan kongsi perniagaan, pemegang saham, pemohon kerja, pekerja, pesara, dan yang lain-lain;
Setiap negara yang kami beroperasi, walaupun di mana regulasi-regulasi tempatan tidak wujud;
Semua cara perhubungan seperti Internet, surat-menyurat terus, telefon dan telefon bimbit, dan teknologi serta cara yang akan datang yang mungkin digunakan.
Mary Kay menguruskan privasi melalui Kumpulan Privasi Global kami, yang mewakili semua rantau geografik yang mana kami menjalankan perniagaan dan proses perniagaan di mana data peribadi dikumpul - contohnya daripada Konsultan Kecantikan Bebas, promosi-promosi pengguna, dan program-program pekerja. Mary Kay ingin mempromosi dan menggunakan amalan-amalan perindustrian terbaik untuk memastikan kebimbangan-kebimbangan tentang privasi ditangani dan data peribadi dilindungi.
Prinsip-prinsip ini dan pelaksanaannya oleh Mary Kay dinyatakan di bawah.
Setiap syarikat Mary Kay mempunyai polisi privasinya sendiri, yang merangkumi undang-undang khusus negara dan prinsip yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi Global Mary Kay. Pilih negara anda dan baca polisi privasi bagi lokasi anda.
Mary Kay telah memperakui bahawa ia mematuhi Rangka Kerja Privasi Data EU-A.S. dan Pelanjutan United Kingdom kepada prinsip EU-U.S. DPF berhubung notis, pilihan, pemindahan seterusnya, keselamatan, integriti data, akses dan penguatkuasaan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rangka Kerja Privasi Data dan melihat halaman pensijilan kami, sila layari https://www.dataprivacyframework.gov/.
Polisi Privasi kami direka bentuk untuk mencerminkan prinsip perlindungan data atau amalan maklumat adil yang diterima di peringkat antarabangsa, seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Perlindungan Data Am Kesatuan Eropah dan Rangka Kerja Privasi Data EU-A.S. (DPF).
Pemberitahuan Pertukaran Polisi
Mary Kay akan memaklumkan anda tentang perubahan kandungan yang ketara kepada Pernyataan Privasi Global kami dengan merangkakan dan memasukkan perubahan tersebut berserta dengan versi barunya di Laman Web ini. Sila lihat perubahan seperti berikut:
Kemaskini terakhir: Mei 2025
Pernyataan Privasi Dalam Talian telah dibuat pada 2004
Kemaskini 2006: Memberikan maklumat yang dikemaskini tentang keselamatan maklumat dan privasi dalam talian.
Kemaskini 2012: Kemaskini-kemaskini 2012 direka bentuk untuk menggabungkan usaha-usaha pematuhan privasi dalam semua pasaran Mary Kay di seluruh dunia, dan untuk memberikan kepada pengguna-pengguna, Konsultan-Konsultan Kecantikan Bebas, pekerja-pekerja dan orang-orang lain yang mungkin mengunjungi laman-laman web kami yang mempunyai lokasi pusat daripada mana mereka boleh mendapat maklumat tentang polisi-polisi kami dan hak-hak mereka berhubung dengan maklumat peribadi. Perubahan-perubahan ini juga merangkumi kemaskini-kemaskini bagi mematuhi perubahan-perubahan undang-undang dalam kebanyakan negara yang Mary Kay mempunyai operasi-operasinya.
Kemaskini 2016: Kemaskini-kemaskini 2016 adalah berkaitan dengan menerimapakai Perlindungan Privasi EU-U.S.
Kemaskini 2017: Kemaskini-kemaskini selanjutnya untuk menyepadukan polisi privasi kumpulan Mary Kay dan memberikan butir-butir yang telah dikemaskini tentang penggunaan maklumat peribadi.
Kemaskini 2018: Bahasa diperjelaskan dan dikemaskini untuk mematuhi Peraturan-peraturan Perlindungan Data Am.
Polisi Privasi Mary Kay® My Shop
Mary Kay berasa bangga untuk menyokong usaha-usaha Konsultan-Konsultan Kecantikan Bebas Mary Kay melalui program-program seperti Laman-laman Web Peribadi yang membenarkan Konsultan Kecantikan Bebas peluang untuk mendekati pelanggan-pelanggan mereka melalui alat-alatan “online” dan akses mudah 24 jam kepada maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Mary Kay® yang ditawarkan oleh Konsultan Kecantikan Bebas kepada anda.
Apabila anda memberikan maklumat anda kepada Konsultan Kecantikan Bebas anda melalui My Shopnya, maklumat anda diletakkan dalam tempat yang selamat bagi pihak Konsultan Kecantikan Bebas anda. Maklumat anda akan dikongsi dengan Mary Kay (dan boleh digunakan oleh Mary kay sepertimana yang diperihalkan dalam polisi privasi ini dan Polisi Privasi Pengguna Mary Kay) tetapi tidak akan dikongsi dengan orang-orang lain tanpa kebenaran anda.
Maklumat Yang Dikumpulkan pada My Shop
Maklumat yang anda pilih untuk diberikan pada My Shop boleh termasuk:
- Nama, alamat e-mel, alamat pos
- Nama pengguna dan kata laluan
- Nombor telefon atau telefon bimbit
- Umur
- Tarikh lahir
- Nama Konsultan Kecantikan Bebas anda
- Jenis, tona kulit dan maklumat berkaitan dengan penjagaan kulit dan pilihan kosmetik
- Maklumat lain tentang anda dan keluarga anda seperti jantina atau pilihan dan/atau tabiat penggunaan produk
- Maklumat demografik
- Pilihan komunikasi masa akan datang
- Maklumat perhubungan kawan-kawan dan keluarga yang anda mungkin ingin kami, atau Konsultan Kecantikan Bebas anda untuk menghubungi.
Manakala pada My Shop Konsultan Kecantikan Bebas, “cookies” dan lain-lain teknologi digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang anda dan penggunaan laman web tersebut oleh anda.
Yang berikut ini adalah contoh-contoh maklumat yang boleh dikumpulkan dengan teknologi-teknologi ini:
- Jenis pelayar dan sistem operasi anda
- Laman-laman web yang anda layari
- Pautan-pautan yang anda klik
- Alamat IP
- Laman web yang anda layari sebelum sampai ke laman web kami
- Tawaran-tawaran atau pautan-pautan yang anda klik daripada laman web tersebut
- Maklumat tentang kunjungan-kunjungan anda ke My Shop
- Maklumat “Shopping Cart”
- Sejarah Pembelian
Cara Maklumat Ini Digunakan
Konsultan Kecantikan Bebas anda menggunakan maklumat yang anda berikan pada My Shop untuk:
- Memberikan anda perkhidmatan berkualiti tinggi
- Memberitahu anda tentang produk-produk dan promosi-promosi yang mungkin menarik minat anda
- Berkomunikasi dengan anda berhubung dengan pesanan-pesanan dan pilihan-pilhan produk anda
- Memudahkan penjualan produk kepada anda
- Membuat aturan untuk pesanan-pesanan dan penghantaran produk
- Memahami pilihan produk anda dan menghantar maklumat atau sampel-sampel kepada anda
- Menjadualkan temujanji atau memberikan maklumat tentang menghoskan acara-acara
- Mendaftarkan anda dalam pertandingan-pertandingan, program-program, atau tawaran-tawaran yang anda minta
- Menghantar notifikasi berhubung dengan maklumat pembelian, pembayaran dan penghantaran
Mary Kay menggunakan maklumat yang anda berikan di My Shop untuk:
- Memudahkan pemprosesan pembayaran untuk pembelian-pembelian atau perkhidmatan-perkhidmatan yang lain untuk dan bagi pihak Konsultan Kecantikan Bebas anda
- Melindungi daripada atau mengenalpasti kemungkinan transaksi-transaksi penipuan
- Membantu Konsultan Kecantikan Bebas anda untuk mengenalpasti pilihan anda
- Menganalisa penggunaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan Laman-laman web Mary Kay
- Memahami cara anda sampai ke My Shop dan cara anda menggunakan laman web tersebut supaya kami boleh membuatkannya lebih baik lagi untuk anda dan Konsultan Kecantikan Bebas anda
- Menentukan keberkesanan My Shop
- Menguatkuasakan Terma-Terma dan Syarat-Syarat My Shop dan sebaliknya menguruskan dan menjadikan laman tersebut dan perniagaan selamat
- Bertanya kepada anda jika anda ingin menyertai soal selidik pasaran, dan kemudiannya menghubungi anda jika anda memberi kebenaran kepada kami
- Memudahkan komunikasi atau maklumat yang anda telah minta daripada Konsultan Kecantikan Bebas anda
Pilihan Anda & Cara untuk Mengakses Maklumat Anda
Apabila menggunakan My Shop anda memberi maklumat anda terutamanya kepada Konsultan Kecantikan Bebas untuk digunakan dalam perniagaannya. Mary Kay, sebagai operator Laman Web Mary Kay (yang menjadi hos My Shop), mempunyai akses kepada maklumat anda terutamanya bagi tujuan memproses transaksi-transaksi dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di antara anda dan Konsultan Kecantikan Bebas anda melalui My Shop. Walau bagaimanapun, yakinlah bahawa kami melayan maklumat anda yang diberikan melalui My Shop menurut piawaian-piawaian yang ditetapkan dalam Polisi Privasi Pengguna dan Pernyataan Privasi Global sebagai tambahan kepada Pernyataan Privasi ini. Sila rujuk kepada polisi-polisi privasi itu untuk maklumat lanjut.
Pada amnya, individu-individu yang menerima maklumat secara terus daripada Mary Kay melalui program My Shop boleh meminta supaya komunikasi di masa akan datang yang diterima daripada Mary Kay diteruskan. Sila e-mel kami di Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com untuk mengemaskini pilihan-pilihan anda.
Anda perlu menghubungi Konsultan Kecantikan Bebas anda secara terus untuk meminta agar Konsultan Kecantikan Bebas anda tidak mengajukan atau sebaliknya menghantar maklumat yang tidak dihantar terus oleh Mary Kay kepada anda melalui program My Shop.
Jika anda ingin melihat, membetulkan atau mengemaskini maklumat perhubungan peribadi yang anda berikan melalui My Shop, sila hubungi Konsultan Kecantikan Bebas anda terlebih dahulu. Jika anda memerlukan bantuan selanjutnya, sila e-mel kami di Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com untuk mengemaskini pilihan-pilihan anda.
Pemberi-pemberi Perkhidmatan Pihak Ketiga
Konsultan Kecantikan Bebas anda boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mary Kay dan pemberi-pemberi perkhidmatan pihak ketiga untuk membantu memberikan kepada anda perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi. Apabila menggunakan pemberi-pemberi perkhidmatan pihak ketiga, Konsultan Kecantikan Bebas dan/atau Mary Kay mungkin perlu berkongsi maklumat peribadi anda dengan mereka. Sila ambil perhatian bahawa pemberi-pemberi perkhidmatan tersebut hanya diberikan maklumat peribadi yang mereka perlu untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta dan mereka disyaratkan untuk melindungi maklumat anda dan tidak menggunakannya untuk apa-apa tujuan yang lain.
- Contohnya, pemberi-pemberi perkhidmatan boleh digunakan untuk:
- Memenuhi permintaan-permintaan produk dan perkhidmatan anda
- Menjadi hos kepada laman-laman dan menghantar e-mel serta pesanan-pesanan telefon bimbit
- Menghantar sampel-sampel produk, menghubungi pemenang-pemenang pertandingan, menguruskan pembayaran atau mengambil tindakan lain bagi pihak Konsultan Kecantikan Bebas anda
- Menganalisa data, kadang-kala digabungkan dengan sumber-sumber lain, untuk menghantar komunikasi-komunikasi yang lebih lagi disasarkan kepada anda
- Menjalankan penyelidikan dan menganalisa data untuk menambahbaik produk, perkhidmatan dan laman-laman web yang disedia-adakan untuk anda
- Memudahkan pemprosesan pembayaran atau pesanan
Keselamatan Maklumat
Kami berkomited untuk menjaga maklumat peribadi supaya selamat. Kebanyakan maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda berkaitan dengan My Shop akan disimpan secara elektronik dalam pelayan-pelayan data dan pusat-pusat data yang selamat (di Malaysia dan di negara-negara lain) yang dijalankan oleh Mary Kay atau pemberi-pemberi perkhidmatan luaran kami. Maklumat peribadi ini juga boleh disimpan dalam fail-fail kertas dalam keadaan-keadaan terhad yang tertentu. Kami telah menempatkan prosedur teknikal, pentadbiran dan fizikal yang wajar untuk melindungi maklumat peribadi daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan.
Kami menghadkan akses terhadap maklumat peribadi kepada mereka-mereka yang mempunyai keperluan perniagaan. Kami menyimpan maklumat peribadi hanya untuk tempoh masa berpatutan yang diperlukan.
Apabila kami memberikan maklumat peribadi anda kepada pemberi-pemberi perkhidmatan pihak ketiga kami mensyaratkan syarikat-syarikat it untuk melindungi maklumat tersebut dan untuk tidak menggunakan maklumat tersebut untuk apa-apa tujuan lain.
Apabila kami mengumpul atau menghantar maklumat sensitif seperti nombor kad kredit, kami berusaha untuk menggunakan kaedah-kaedah piawai untuk melindungi maklumat itu.
Pemindahan Maklumat
Maklumat peribadi anda hanya akan dipindahkan ke, disimpan, dan diproses dalam sesebuah negara yang selain dari Malaysia dengan kebenaran anda atau apabila dibenarkan secara nyata oleh undang-undang. Negara-negara ini mungkin termasuk Amerika Syarikat dan Singapura. Apabila kami berbuat demikian, kami memindahkan maklumat tersebut mengikut undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
Kami mengambil langkah-langkah untuk melindungi maklumat peribadi tidak kira di negara mana maklumat ini disimpan atau dipindahkan. Kami mempunyai prosedur-prosedur dan kawalan-kawalan yang wajar untuk menolong memastikan perkara ini.
Kami hanya akan memindahkan maklumat peribadi kepada pangkalan-pangkalan data Mary Kay di negara-negara yang selain daripada mana ianya diberikan dengan kebenaran anda atau apabila dibenarkan secara nyata oleh undang-undang. Program Privasi Global kami menghendaki tahap keselamatan dan perlindungan yang sama tinggi untuk maklumat peribadi di seluruh dunia dengan prosedur dan kontrak yang ditetapkan untuk menolong memastikan perkara ini.
Data boleh dipindahkan kepada penjual atau rakan kongsi perniagaan untuk menyediakan perkhidmatan untuk Konsultan Kecantikan Bebas seperti komunikasi e-mel yang disasarkan, menghantar maklumat atau sampel-sampel. Penjual-penjual dan rakan-rakan kongsi perniagaan ini dikehendaki melindungi dan menguruskan maklumat peribadi pada tahap piawaian setinggi Mary Kay dan mereka tidak boleh menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan lain selain daripada untuk memberikan perkhidmatan yang diminta oleh Mary Kay atau Konsultan Kecantikan Bebas anda.
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau kemusykilan berkenaan dengan privasi anda, ingin melaksanakan hak anda untuk meminta akses atau membetulkan maklumat peribadi (“permintaan mengakses data”) yang dipegang oleh Mary Kay tentang anda, atau membuat aduan privasi tentang bagaimana kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila e-mel kami di Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com dan kami akan mengakuinya dalam masa 21 hari selepas penerimaannya.
Penyelaras Privasi Mary Kay (Malaysia) Sdn. Bhd.
Level 4, Uptown 7, No.7, Jalan SS21/39, Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Alamat E-mel: Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com
Tel: +603-2789 9099
Atau
Pasukan Privasi Global Mary Kay
16251 Dallas Parkway
Addison, TX 75001 USA
Alamat E-mel: privacy.global@mkcorp.com
Tel: +1 - 800-453-1140
Jika anda mempunyai apa-apa aduan tentang bagaimana maklumat peribadi anda dikendalikan atau jika anda fikir kami telah memungkiri undang-undang privasi Malaysia, kami akan mengakui penerimaan aduan anda dalam masa 21 hari dan akan memberitahu anda jika kami memerlukan apa-apa maklumat selanjutnya daripada anda untuk menyelesaikan aduan anda.
Kami berkomited untuk bekerjasama dengan anda untuk memperolehi penyelesaian yang adil berkenaan dengan apa-apa aduan atau kebimbangan tentang privasi. Kami bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa perlindungan data jika mereka percaya bahawa masalah privasi telah berlaku.
Polisi Privasi Konsultan Kecantikan Bebas
Selama lebih 50 tahun Mary Kay telah memberikan peluang-peluang yang tidak terhad kepada Konsultan-Konsultan Kecantikan Bebas di seluruh dunia. Kepercayaan adalah salah satu asas berdasarkan mana Syarikat ini dibina. Atas semangat kepercayaan ini dan falsafah “Golden Rule” kami maka kami berkomited untuk melindungi maklumat peribadi yang kami kumpulkan tentang anda.
Polisi Privasi ini telah diwujudkan khususnya dengan anda dalam ingatan. Ianya memperihalkan maklumat yang kami kumpul daripada Konsultan-Konsultan Kecantikan Bebas, cara maklumat itu digunakan dan dilindungi, dan pilihan-pilihan yang anda boleh buat tentang cara bagaimana kami gunakan dan kongsikan maklumat anda.
Kami berkomited untuk bekerjasama dengan anda untuk memperolehi penyelesaian yang adil berkenaan dengan apa-apa aduan atau kebimbangan tentang privasi. Kami bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa perlindungan data jika mereka percaya bahawa masalah privasi telah berlaku.
Maklumat yang Kami Kumpul
Kami boleh mengumpul maklumat tentang anda daripada pelbagai sumber. Ini termasuk maklumat yang kami kumpul daripada anda secara terus; maklumat yang kami kumpul tentang anda apabila anda melayari laman-laman web kami atau melihat iklan-iklan Mary Kay® secara "online"; dan maklumat yang kami kumpul tentang anda daripada sumber-sumber lain (yang dibenarkan oleh undang-undang).
Untuk memberikan anda maklumat terkini tentang produk dan perniagaan demi melancarkan lagi fungsi perniagaan Mary Kay anda, Mary Kay mengumpul maklumat yang berikut ini daripada atau tentang anda:
- Nama
- Alamat pos
- Alamat e-mel
- Nama pengguna dan kata laluan
- Nombor telefon dan/atau telefon bimbit
- Tarikh lahir
- Umur
- Maklumat demografik
- Maklumat keluarga, termasuk status perkahwinan
- Nombor pengenalan Kerajaan
- Nombor Konsultan Kecantikan Bebas
- Nombor perekrut, Pengarah Jualan Bebas, Pengarah Jualan Bebas Kebangsaan anda
- Nama-nama individu yang direkrut oleh anda
- Sejarah pesanan produk
- Maklumat pembayaran (seperti kad kredit atau maklumat kewangan berkaitan dengan pesanan-pesanan anda daripada syarikat)
- Sejarah Komisen
- Maklumat panggilan Perkhidmatan Pelanggan
- Potret, foto, imej atau sebarang visual/video yang mengenal pasti anda (atau butiran fail telah dibuat)
- Maklumat tentang anda yang mungkin memerlukan perlindungan privasi khas seperti data peribadi yang sensitif (seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010), maklumat tentang gaya hidup, kesihatan dan kesejahteraan anda, etnik, kepercayaan agama, data biometrik dan lain-lain.
- Lain-lain maklumat yang anda boleh pilih untuk berkongsi dengan kami berkaitan dengan perniagaan Mary Kay anda atau yang dikongsi tentang anda oleh Konsultan Kecantikan Bebas yang lain atau pengguna-pengguna
Cara Kami Menggunakan Maklumat Ini
Sebagai seorang Konsultan Kecantikan Bebas Mary Kay anda berniaga untuk diri anda sendiri tetapi bukan oleh anda sahaja secara sendirian. Pada amnya, kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan daripada dan tentang anda untuk memberikan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta oleh anda dan pelanggan-pelanggan anda dan untuk mempromosikan kemudahan peluang perniagaan Mary Kay yang cekap.
Lebih khusus lagi maklumat anda digunakan untuk:
- Menghantar pesanan-pesanan, sampel-sampel, premium-premium, produk-produk dan maklumat
- Memberitahu anda tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, promosi-promosi dan faedah-faedah yang ditawarkan oleh atau melalui Mary Kay
- Menghasilkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan baharu
- Mendaftarkan anda dalam pertandingan-pertandingan, program-program, promosi-promosi atau tawaran-tawaran yang anda minta
- Memberi anda maklumat tentang perkhidmatan-perkhidmatan lain yang telah kami aturkan melalui pihak-pihak ketiga untuk kemudahan anda
- Membuat dan menguruskan akaun (akaun) anda
- Memproses pembayaran untuk pembelian-pembelian secara borong atau perkhidmatan-perkhidmatan lain
- Menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan untuk membantu anda memberi khidmat yang lebih baik kepada pelanggan-pelanggan anda
- Melindungi daripada atau mengenalpasti kemungkinan transaksi-transaksi penipuan
- Memberi maklumat berkenaan dengan produk-produk dan promosi-promosi daripada rakan-rakan kongsi yang strategik dan perniagaan-perniagaan pelengkap
- Membuat dan memberikan maklumat, pengiklanan dan alat-alatan perniagaan untuk produk mengikut minat anda
- Menganalisis penggunaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan laman-laman web kami
- Memahami cara anda menggunakan laman-laman web kami
- Memahami cara anda menggunakan alat-alatan perniagaan yang ditawarkan oleh Mary Kay termasuk laman-My Shop, unsur-unsur pendidikan dan lain-lain alatan e-commerce
- Menentukan keberkesanan pengiklanan dan promosi-promosi kami
- Menguatkuasakan Terma-Terma dan Syarat-Syarat kami dan sebaliknya menguruskan perhubungan kami dengan anda
- Mematuhi Perjanjian Konsultan Kecantikan Bebas, Perjanjian Pengarah Jualan Bebas dan/atau Perjanjian Pengarah Jualan Bebas Kebangsaan, yang mana berkenaan
- Mengira, memproses dan menghantar pembayaran-pembayaran komisen, hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah
- Menghantar surat-menyurat am berkaitan dengan kontrak atau perhubungan anda dengan Mary Kay
- Mematuhi perhubungan kontrak kami dengan anda dan Konsultan-konsultan Kecantikan Bebas, Pengarah-pengarah Jualan Bebas dan Pengarah-pengarah Jualan Bebas Kebangsaan yang lain
- Menguruskan laman-laman web dan perkhidmatan-perkhidmatan anda supaya kami boleh terus memberikan anda peluang-peluang tidak terhad sambil anda melibatkan diri dalam perniagaan Mary Kay anda
- Memenuhi apa-apa keperluan peraturan Kerajaan yang berkenaan
- Daftarkan anda dalam latihan, kursus atau program pembangunan, dan mentadbir alatan pendidikan untuk kemajuan perniagaan anda
Penggunaan "Cookie" dan lain-lain Teknologi
Kami menggunakan "cookie" dan lain-lain teknologi untuk mengumpulkan maklumat tentang anda apabila anda melayari laman-laman web kami, menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami atau melihat iklan-iklan secara “online” atau lain-lain maklumat yang terkandung di Mary Kay® InTouch atau www.marykay.com.my. Kami juga boleh menggunakan teknik-teknik itu untuk membuat layaran “online” lebih lancar. Yang berikut ini adalah contoh-contoh maklumat yang kami boleh kumpul dengan teknologi-teknologi ini:
- Jenis pelayar dan sistem operasi anda
- Alamat IP
- Laman-laman web yang anda layari
- Pautan-pautan yang anda klik
- Emel-emel Mary Kay yang anda buka dan/atau ajukan
- Tawaran-tawaran Mary Kay atau pautan-pautan yang anda klik melalui e-mel
- Laman-laman web yang membawa anda kepada laman-laman web kami atau yang anda layari setelah keluar daripada laman web kami
- Barang-barang yang anda pilih
Kami menggunakan maklumat ini untuk memberikan anda pengalaman yang lebih mesra pengguna dan untuk menambahbaik perkhidmatan dan maklumat yang kami berikan kepada anda.
Pilihan Anda & Cara untuk Mengakses Maklumat Anda
Sebagai seorang Konsultan Kecantikan Bebas, adalah perlu untuk kami menggunakan maklumat anda untuk memudahkan perhubungan kontrak kami dengan anda dan yang lain-lain, dan untuk memberikan maklumat yang paling terkini supaya anda boleh berjaya dalam menjalankan perniagaan Mary Kay bebas anda. Kami menawarkan akses dan pilihan berhubung dengan maklumat anda mengikut undang-undang yang berkenaan.
Pilihan
Kami memberi anda pilihan tentang cara kami berkomunikasi dengan anda.
Komunikasi Secara Digital dan Elektronik
Kami menghantar anda pesanan-pesanan promosi melalui telefon bimbit atau e-mel yang anda telah memilih untuk menerimanya. Pada amnya anda bersetuju untuk menerima komunikasi-komunikasi ini apabila anda menandatangani sebagai Konsultan Kecantikan Bebas atau apabila anda menyertai komuniti “on-line” yang disedia-adakan untuk Konsultan-konsultan Kecantikan Bebas, Pengarah-pengarah Jualan Bebas dan Pengarah-pengarah Jualan Bebas Kebangsaan.
Anda boleh berhenti menerima pesanan-pesanan promosi melalui telefon bimbit atau e-mel yang khusus daripada Mary Kay dan pihak-pihak ketiga yang mungkin menghantar maklumat bagi pihak kami dengan mengikut arahan-arahan yang diberikan dalam mana-mana pesanan sedemikian yang anda terima atau dengan menghubungi kami. Walau bagaimanapun, kami mungkin perlu untuk terus menghantar kepada anda maklumat yang tertentu secara elektronik menurut terma-terma Perjanjian Konsultan Kecantikan Bebas anda and perhubungan anda dengan Syarikat.
Melalui Pos: Berhubung dengan status anda sebagai Konsultan Kecantikan Bebas kami boleh menghantar melalui pos tawaran, maklumat produk dan alat-alatan pemasaran yang kami percaya akan menarik minat anda. (dan jika dibenarkan oleh undang-undang). Walaupun bahan-bahan yang tertentu perlu dihantar kepada anda melalui pos sempena status anda sebagai Konsultan Kecantikan Bebas, anda boleh berhenti menerima promosi yang tertentu melalui pos daripada Mary Kay ini. Hubungi pihak Perkhidmatan Pelanggan untuk mengemaskini pilihan anda.
SILA AMBIL PERHATIAN: Jika anda memilih untuk berhenti menerima pesanan-pesanan promosi daripada kami, kami akan menghormati permintaan anda setakat mana kami boleh berbuat demikian dan masih memudahkan perjanjian-perjanjian kami dengan anda berkaitan dengan status Konsultan Kecantikan Bebas anda. Kami akan terus menghantar kepada anda komunikasi-komunikasi berkaitan dengan perkhidmatan-perkhidmatan. Kami mungkin perlu menyimpan maklumat yang telah kami kumpulkan tentang anda untuk simpanan rekod, analisis atau sebab-sebab lain, setakat mana yang diperlukan/dibenarkan oleh undang-undang.
Akses: Kami mengambil langkah-langkah untuk menjaga maklumat peribadi anda supaya ianya tepat, dikemas kini, lengkap dan relevan. Anda boleh melihat, membetulkan atau mengemaskinikan maklumat hubungan peribadi yang anda berikan kepada Mary Kay. Sesetengah program Mary Kay memberikan akses untuk melihat atau mengemaskinikan maklumat peribadi secara "online" termasuk Mary Kay® In Touch Page dan Laman-Mary Kay® My Shop. Jika anda ada apa-apa soalan, anda boleh menghubungi pihak Perkhidmatan Pelanggan atau Pasukan Privasi Global.
Perkongsian Maklumat
Pada amnya, kami tidak berkongsi maklumat peribadi dengan pemasar-pemasar di luar Mary Kay. Terdapatnya keadaan-keadaan di mana tawaran-tawaran istimewa mungkin disedia-adakan untuk Konsultan-konsultan Kecantikan Bebas oleh syarikat-syarikat pihak ketiga dan pada masa-masa itu kami hanya akan memberikan maklumat anda jika kami dengan jelasnya telah memberikan notis dan meminta untuk memperolehi dan telah pun memperolehi persetujuan anda. Kami boleh berkongsi maklumat anda dengan pelanggan-pelanggan yang berpotensi yang telah menghubungi Syarikat untuk mendapatkan rujukan kepada Konsultan Kecantikan Bebas, jika dibenarkan oleh undang-undang dan/atau jika anda memberikan kami kebenaran khusus untuk memberikan maklumat ini kepada pelanggan-pelanggan yang berpotensi. Kami berkongsi maklumat dengan Konsultan-konsultan Kecantikan Bebas lain untuk memudahkan obligasi-obligasi kontrak menurut Perjanjian Konsultan Kecantikan Bebas, termasuk terhadap perekrut, Pengarah (pengarah) Jualan Bebas dan Pengarah (pengarah) Jualan Bebas Kebangsaan anda, bagi tujuan menghormati perjanjian-perjanjian kami dengan anda dan dengan mereka. Kami hanya memberikan maklumat peribadi yang diperlukan untuk memudahkan sokongan untuk anda dan pematuhan kontrak.
Pemberi-pemberi Perkhidmatan Pihak Ketiga
Kami bergantung kepada pemberi-pemberi perkhidmatan pihak ketiga untuk melaksanakan pelbagai perkhidmatan bagi pihak kami. Dengan berbuat demikian, kami mungkin perlu berkongsi maklumat peribadi anda dengan mereka. Sila ambil perhatian bahawa kami memberikan kepada pemberi-pemberi perkhidmatan kami hanya maklumat peribadi yang mereka perlu untuk melaksanakan perkhidmatan mereka dan kami mensyaratkan supaya mereka melindungi maklumat ini dan tidak menggunakannya untuk apa-apa tujuan yang lain. Kami boleh bergantung kepada pemberi perkhidmatan untuk:
- Memenuhi permintaan-permintaan produk dan perkhidmatan anda dan menjawab soalan-soalan anda
- Menjadi hos kepada laman-laman web kami dan menghantar e-mel serta pesanan-pesanan telefon bimbit kami
- Menghantar sampel-sampel produk, menghubungi pemenang-pemenang pertandingan, menguruskan pembayaran atau mengambil tindakan lain bagi pihak kami
- Menganalisa data, kadang-kala digabungkan dengan sumber-sumber lain, untuk menghantar komunikasi-komunikasi yang lebih lagi disasarkan kepada anda
- Menjalankan penyelidikan dan menganalisa data untuk menambahbaik produk, perkhidmatan dan laman-laman web kami.
- Melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang kami minta
Kami memberikan syarikat-syarikat ini maklumat peribadi yang mereka perlukan untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan ini bagi pihak kami. Kami mensyaratkan syarikat-syarikat ini untuk melindungi maklumat peribadi ini dan untuk tidak menggunakan maklumat tersebut untuk apa-apa tujuan lain.
Berkongsi Maklumat dalam Pasukan Jualan Bebas Mary Kay
- Bagi tujuan pengiktirafan dan anugerah
- Untuk memudahkan pementoran dan hubungan dalam komuniti pasukan jualan bebas
Lain-lain Situasi
Kami juga boleh menzahirkan maklumat peribadi anda:
- Untuk memberikan Perkhidmatan “Golden Rule” kelas pertama di seluruh dunia, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi dengan entiti-entiti Mary Kay yang lain melalui suatu persekitaran yang dilindungi.
- Apabila diperlukan atau diberi kuasa oleh undang-undang, dan/atau pihak-pihak berkuasa awam.
Kami mungkin berkongsi maklumat yang dikumpulkan yang tidak mengenalpasti anda untuk analisa perniagaan secara am. Contohnya, kami mungkin mendedahkan bilangan pelawat yang melayari laman-laman web atau perkhidmatan-perkhidmatan Mary Kay.
Pemindahan Maklumat
Maklumat peribadi anda hanya akan dipindahkan ke, disimpan, dan diproses dalam sesebuah negara yang selain dari Malaysia dengan kebenaran anda atau apabila dibenarkan secara nyata oleh undang-undang. Negara-negara ini mungkin termasuk Amerika Syarikat dan Singapura. Apabila kami berbuat demikian, kami memindahkan maklumat tersebut mengikut undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
Kami mengambil langkah-langkah untuk melindungi maklumat peribadi, tidak kira di negara mana maklumat ini disimpan atau dipindahkan. Kami mempunyai prosedur-prosedur dan kawalan-kawalan yang wajar untuk menolong memastikan perkara ini.
Kami hanya akan memindahkan maklumat peribadi kepada pangkalan-pangkalan data Mary Kay di negara-negara yang selain daripada mana ianya diberikan dengan kebenaran anda atau apabila dibenarkan secara nyata oleh undang-undang. Program Privasi Global kami menghendaki tahap keselamatan dan perlindungan yang sama tinggi untuk maklumat peribadi di seluruh dunia dengan prosedur dan kontrak yang ditetapkan untuk menolong memastikan perkara ini. Data boleh dipindahkan kepada penjual atau rakan kongsi perniagaan untuk menyediakan perkhidmatan untuk Mary Kay, seperti menghantar maklumat atau sampel-sampel. Penjual-penjual dan rakan-rakan kongsi perniagaan ini dikehendaki melindungi dan menguruskan maklumat peribadi pada tahap piawaian setinggi Mary Kay dan mereka tidak boleh menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan lain selain daripada untuk memberikan perkhidmatan yang diminta oleh Mary Kay.
Penyimpanan dan Keselamatan
Mary Kay melindungi maklumat peribadi di bawah kawalan syarikat melalui amalan-amalan dan langkah-langkah keselamatan piawai perindustrian demi mencegah kehilangan, penyalahgunaan, akses yang tidak dibenarkan, pendedahan atau perubahan maklumat.
Kebanyakan maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda akan disimpan secara elektronik dalam pelayan-pelayan data dan pusat-pusat data yang selamat yang dijalankan oleh Mary Kay atau pemberi-pemberi perkhidmatan luaran kami. Sesetengah maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda akan disimpan dalam fail-fail kertas.
Kami menghadkan akses terhadap maklumat peribadi kepada mereka-mereka yang memerlukan maklumat tersebut bagi tujuan perniagaan. Kami tidak menyimpan maklumat peribadi lebih lama dari tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan perniagaan yang mana ianya dikumpulkan, namun demikian dalam sesetengah keadaan, sebab-sebab kontrak, undang-undang atau alasan-alasan regulasi memerlukan maklumat peribadi tersebut dikekalkan untuk tempoh-tempoh masa yang tertentu
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai apa-apa kebimbangan atau soalan tentang keselamatan maklumat anda berkaitan dengan Mary Kay atau mana-mana laman web kami, atau jika anda mempunyai apa-apa soalan tambahan berkaitan dengan Privasi di Mary Kay (termasuk jika anda ingin meminta akses atau membetulkan maklumat peribadi yang dipegang oleh Mary Kay tentang anda, atau membuat aduan privasi tentang bagaimana kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila e-mel kami di Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com.
Penyelaras Privasi Mary Kay (Malaysia) Sdn. Bhd.
Level 4, Uptown 7, No.7, Jalan SS21/39, Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Alamat E-mel: Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com
Tel: +603-2789 9099
Atau
Pasukan Privasi Global Mary Kay
16251 Dallas Parkway
Addison, TX 75001 USA
Alamat E-mel: privacy.global@mkcorp.com
Tel: +1 - 800-453-1140
Jika anda mempunyai apa-apa aduan tentang bagaimana maklumat peribadi anda dikendalikan atau jika anda fikir kami telah melanggar undang-undang privasi Malaysia atau jika anda ingin melaksanakan hak anda untuk meminta akses atau membetulkan maklumat peribadi (“permintaan mengakses data”), kami akan mengakui aduan atau permintaan mengakses data anda dalam masa 21 hari selepas penerimaannya dan akan memberitahu anda jika kami memerlukan apa-apa maklumat selanjutnya daripada anda untuk menyelesaikan aduan atau permintaan mengakses data anda.